Home » » The Gunners Akan Melawat Malaysia

The Gunners Akan Melawat Malaysia



London - Kawasan Asia Tenggara khususnya Malaysia nampaknya sedang jadi magnet untuk kelab-kelab Liga Inggeris pada musim panas ini. Setelah Liverpool dan Chelsea, kini giliran Arsenal yang menyeberangi 'Negeri Jiran'.


Arsenal akan melakukan tukar musim panas selama seminggu didaerah Asia. Kuala Lumpur akan jadi tujuan pertama dan setelahnya adalah Hangzhou, China.

The Gunners direncanakan akan tiba di Kuala Lumpur pada 11Julai dan bermain di Stadium Bukit Jali pada Rabu 13 Julai.

Setelahnya mereka akan menuju Hangzhou dan akan melawan kelab tempatan Hangzhou Greentown, Sabtu 16 Julai di Meiho Sports Center.


"Semua orang di Arsenal Football Club sudah tak sabar melawat Malaysia dan China. Kami menikmati sokongan besar di Asia dan ini akan membantu kelab semakin dekat dengan fans di kedua-dua negara itu," ucap Chief Executive Ivan Gazidis di laman rasmi kelab.

Malaysia seperti terkejut dengan didatangi tiga kelab besar Inggeris di musim panas ini. Sebelumnya ada Liverpool dan Chelsea yang sudah merancang bermain di sana.

Chelsea sudah mengumumkan tarikh berlawan mereka di Malaysia, yakni 21 Julai. Setelahnya mereka akan bermain di Bangkok pada 24 Julai serta 27 Julai di Hong Kong.

Sementara The Reds yang akan menyambangi Seoul, Guangzhoudan Kuala Lumpur belum menentukan tarikh mereka bermain.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment