Home » , , » Bogel Ke Kolej

Bogel Ke Kolej



Seorang mahasiswi Universiti Kristian Petra Surabaya, Jawa Timur, namanya dirahsiakan dikatakan tertekan. Dia berjalan kaki di Jalan Siwalankerto - di hadapan kampusnya dalam keadaan bogel baru-baru ini. Aksi mahasiswi itu berbogel di khalayak ramai menyebabkan mahasiswa universiti dan pengguna jalan raya kaget dan menyaksikan 'tayangan percuma' yang amat jarang-jarang dapat dilihat. 

Beberapa individu berdekatan sempat mengambil gambar dan merakam video aksi pelajar berkenaan cuba memasuki kawasan universiti dalam keadaan tanpa seurat benang. Gambar dan video tersebut kini tersebar luas melalui telefon.


Pihak keselamatan universiti berjaya menghalang mahasiswi berkenaan dari memasuki kawasan universiti namun aksinya telah dilihat ramai mahasiswa dan mahasiswi universiti tersebut termasuk orang luar yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Hasil siasatan pihak universiti masih belum menemui sebab musabab tindakan mahasiswi tersebut bogel di khalayak ramai, namun spekulasi mengatakan kemungkinan beliau tertekan. Mahasiswi tersebut turut dikatakan cemerlang dalam subjek-subjek yang diambil dan tindakannya itu mungkin akan menyebabkan beliau digantung dari universiti kerana ia mencemarkan nama baik universiti.

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment