Mesir- Seorang guru lelaki, bernama Magdi el-Shaar, bertindak melakukan hukuman keterlaluan kepada murid-muridnya hanya kerana kerja rumah yang tidak disiapkan.
Hukuman memukul tapak tangan dengan pembaris beberapa kali, menarik rambut, serta jeritan kesakitan dan ketakutan kanak-kanak yang dihukum terpapar di dalam video itu amat menyedihkan apatah lagi kanak-kanak tersebut hanya baru berumur bawah 10 tahun.
Alasan yang diberikan mengapa bertindak seperti itu, dia dilaporkan telah menyalahkan revolusi negara awal tahun ini, yang telah terjadi di kota Kafr Shukr, Gharbiya.
Apabila El-Shaar ditanya pendakwa mengapa bertindak demikian dia berkata, "Mengenakan hukuman fizikal merupakan cara terbaik untuk mendisiplinkan anak-anak terutama selepas pemberontakan 25 Januari."
Lebih daripada 10 orang kanak-kanak, semua berusia di bawah 10, kelihatan sedang didera. Polis mengatakan guru berkenaan telah ditangkap dan disoal siasat oleh pegawai perundangan tempatan dan sekolah berkenaan ditutup sementara atas arahan Menteri Perpaduan Sosial.
Akhbar di Mesir mengatakan perkhidmatan perpaduan sosial akan memutuskan sama ada akan membuka kembali atau menutup sekolah itu bergantung pada hasil siasatan
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment