Home » » Paderi Mahu Lubang Dubur Diukur

Paderi Mahu Lubang Dubur Diukur


Father Andres Garcia Torres meminta supaya dia dibenarkan pergi ke Vatican dan lubang duburnya diukur selepas tidak berpuas hati dirinya dituduh seorang gay. Father Torres telah digantung perkhidmatan dari gerejanya di bandar Fuenlabrada berhampiran Madrid setelah gambar beliau berpelukan tanpa baju dengan seorang pelajar semanari tersebar. 


Selepas gambar itu tersebar Father Tores juga diarahkan oleh Biskop Getafe supaya berjumpa seorang ahli psaikologis bagi “memulihkan” keinginan homoseksualnya dan dipaksa mengambil ujian HIV.


Walaupun digantung perkhidmatan ahli kariah beliau memberikan sokongan penuh kepada Father Torees. Menurut mereka Father Torres ialah seorang paderi yang ramah dan berjasa kepada masyarakat setempat. Mereka tidak percaya paderi yang mereka sayangi mempunyai hubungan dengan pelajar seminari yang berumur 28 tahun tersebut. Lebih dari 1000 tandatangan berjaya mereka kutip sebagai petisyen membenarkan Father Torres bertugas semula di Gereja Our Lady of Fatima. Ketika ditemuramah wartawan El Pais, Father Torres berkata;

“Saya hanya berkawan dengan pelajar tersebut dan saya mahu pergi ke Vatican supaya mereka boleh mengukur sendiri besar lubang dubur saya. Lihat sama ada ianya besar kerana pernah diliwat!”



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment