Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung Kakiharu Blog. Sebelum ini admin ade mengeluarkan satu post mengenai tingkatkan trafik blog anda dengan cara ping. Anda ingin mengumumkan kepada enjin pencari, direktori blog dan feed aggregators mengenai artikel hebat yang baru anda tulis tu? Ala, pingkan je.
Sebenarnya untuk kebanyakan blog, servis ping ini tidak diperlukan lagi. Blog yang menggunakan platform self-hosted wordpress sudah mempunyai fungsi untuk menghantar ping kemaskini secara automatik. Juga, jika anda sudah menggunakan Google Feedburner untuk menguruskan feed. Feedburner akan ping blog anda kepada beberapa websites utama apabila anda membuat post artikel terbaru, pastikan anda sudah aktifkan fungsi ini di akaun Feedburner. Ada beberapa kegunaan lain servis pinging ini yang mungkin boleh diceritakan lain kali.
Untuk mengelakkan over-pinging, anda mungkin mahu menyemak server website mana yang servis ini akan menghantat ping. Ada server yang mereka ping sebenarnya bertindih. Contohnya, mereka boleh ping ke Feedburner yang mana pula akan ping ke direktori utama lain pula. Ada juga yang menghantar ping ke website servis ping yang lain. Contohnya pingmyblog.com memasukkan pingomatic.com dalam senarai websites yang mereka ping, yang mana pingotmatic pula akan menghantar ping kepada direktori yang lain.
Over pinging (terlebih ping), yaitu menghantar ping berulangkali tanpa ada kandungan baru boleh membuatkan enjin pencari dan direktori tidak seronok. Bila anda ping ke Google (misalnya), Google Bot akan merangkak ke blog anda menyangkakan ada artikel terbaru tetapi sebenarnya tiada. Ini tentunya tidak disukai mana-mana enjin pencari atau direktori. Apa-apa pun tidak perlu risau jika sedikit terlebih ping, tiada masaalah pun. Satu lagi, kemungkinan besarnya, Google sudah pun membuat jadual bila hendak melawat blog anda. Anda boleh tahu jika anda sudah menggunakan Google Webmaster Tools.
Ada pinging website ini yang menghantar ping kepada server khusus seperti audio podcasting aggregators dan direktori bukan Bahasa Inggeris.
Terdapat juga website (dengan bilangan server yang dihantar ping adalah banyak), sebenarnya menghantar ping kepada enjin pencari yang sama tetapi nama domain yang berlainan mengikut negara. Mereka menghantar ping kepada blogsearch.google.com dan juga kepada blogsearch.google.co.jp dan sebagainya, ini sedikit meragukan.
Dalam senarai di bawah, semuanya dalah percuma kecuali satu.
Letakkan cursor tetikus kepada link untuk preview bergambar.
20 ping servers. 5 specialized ping
11 ping servers. Boleh menyemak blog anda sebelum menghantar ping.
69 ping servers.
25 ping servers. 5 specialized ping. 11 other languages.
26 ping servers. 9 specialized ping 15 other languages.
121 ping servers. Bukan percuma. Automatik dan servis bermula dengan USD $ 5/sebulan untuk setiap blog/feed. Ada percubaan US $1.
27 ping servers. Dengan captcha.
29 ping server.
31 ping servers. Dengan captcha.
40 ping servers.
25 English ping servers. 19 Non-English ping servers. Boleh join untuk widget butang ping untuk ping dari blog anda sendiri.
32 ping server. 16 ping server untuk feed sahaja. 14 audio podcast.Turbo mode. Dengan captca.
22 ping servers. Dengan captcha.
133 ping servers (banyak server dalam senarai adalah Google blogsearch dengan domain negara berlainan). Perlu daftar dan login.
47 ping servers.
28 ping servers. Dengan captcha.
Untuk podcasting feed.
7 ping servers. With captcha.
Korang mungkin mahu meninjau autopinger, dimana apabila sudah install widget butang ping di blog, anda cuma perlu ‘menekan’ butang tersebut dari blog anda.
sumber
sumber
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment