BENARKAH pramatang ejakulasi (PE) dikaitkan dengan masalah pancut awal menganggu hubungan suami isteri? – Gambar hiasan
Soalan:DALAM satu perbualan antara rakan-rakan saya di pejabat, ada antara mereka pernah mengadu merajuk dengan suaminya kerana terlalu cepat mencapai ejakulasi ketika mereka melakukan hubungan seks.Saya sendiri pernah mendengar tentang ejakulasi pramatang (PE) yang selalu dialami oleh kaum Adam. Doktor, mengapa perkara ini berlaku, apakah maksud sebenar PE dan bagaimana untuk mengatasinya.Melur, Selangor
Jawapan
PE didefinisikan sebagai satu keadaan yang menyebabkan lelaki memancutkan air maninya terlalu cepat sebelum masanya. Klimaks selalunya mendahului kehendak lelaki itu sendiri mahupun pasangannya sehingga tidak sempat memberi dan merasakan kepuasan yang lebih lama dalam hubungan seksual.Ia boleh dikenali sebagai keadaan perubatan yang boleh memberi kesan kepada mana-mana lelaki yang boleh dikenal pasti melalui:*Pancutan yang berlaku dalam masa seminit atau kurang selepas masuk ke dalam vagina.*Langsung tidak mampu mengawal pancutan dengan cepat setiap kali hendak atau masuk ke dalam vagina.*Menyebabkan perlakuan negatif seperti stres, kekecewaan ataupun terus mengelak melakukan hubungan seks.Antara rawatan yang disarankan adalah komunikasi antara pasangan, pendidikan psiko-seksual, strategi pemikiran dan perbuatan. Ini termasuk beberapa teknik seperti stop-start (Semens 1956 iaitu berhenti, kemudian mula. Selain itu, squeeze (Master and Johnson 1970) iaitu tahan pancutan dengan memegang atau memicit dan stop-pause (Kaplen 1980) iaitu berhenti dan tunggu.kombinasi faktor fisiologi dan psikologi dipercayai mempengaruhi mekanisme ejakulasi. Penyelidikan mendapati bahawa serotonin, sejenis neurotransmiter (seperti penghantar isyarat kimia dalam otak) yang juga membantu mengawal tidur dan selera, menyederhanakan mood dan mengurangkan kesakitan, memainkan peranan penting menentukan masa ejakulasi.Matlamat utama bagi terapi PE, tidak kira sama ada berbentuk farmakologi atau tingkah laku ialah untuk meningkatkan kawalan terhadap ejakulasi. Ia mungkin menghasilkan tahap kepuasan seks yang lebih tinggi bagi lelaki dan pasangannya, atau mengurangkan keresahan peribadi atau masalah keintiman yang timbul.Dalam pada itu, ubat yang diiktiraf ialah Dapoxetine.
Bukan penyebab ketidaksuburan
Soalan
SAYA berumur 35 tahun dan baru tiga tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak. Saya merasakan diri saya mungkin berhadapan dengan masalah PE. Adakah masalah saya ini petanda saya tidak subur hingga menyukarkan memperolehi anak? Apakah yang perlu saya lakukan?
Lelaki Delima
JawapanPE sebenarnya tidak menyebabkan ketidaksuburan tetapi ia boleh menyukarkan seseorang wanita sukar mengandung terutamanya apabila pancutan berlaku sebelum ia masuk ke dalam vagina. Ia juga memberi kesan kepada emosi, fizikal dan mental seseorang lelaki. Melalui pengalaman pesakit PE, kebanyakan mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah, murung dan tertekan. Emosi dan perasaan mereka kadang-kadang tidak menentu, resah, cepat baran atau marah dan menjejaskan rutin seharian mereka dalam jangka masa yang panjang.Saya nasihatkan anda berjumpa pakar, lakukan pemeriksaan untuk menjalani rawatan yang betul.
SoalanBENARKAH pramatang ejakulasi (PE) dikaitkan dengan masalah pancut awal menganggu hubungan suami isteri? Adakah ia satu penyakit serius? Kebiasaannya, apakah yang akan doktor lakukan untuk memeriksa sama ada seseorang lelaki menghidap penyakit ini?JJ, Perak
Jawapan
Ya, PE bermakna pancutan terlalu cepat dan ia merupakan punca yang selalu dikaitkan dengan masalah seksual. Mengikut kajian, sehingga 29 peratus lelaki mungkin menghidap PE di Malaysia. Ia menjadi serius apabila menjadi punca hubungan suami isteri tidak bahagia dan tertekan. Dalam beberapa kes PE yang dapat dikesan, rumahtangga terjejas hanya kerana masalah kecil dalam hubungan seks suami isteri.
Apabila pesakit berjumpa doktor, analisis dan sejarah seksual pesakit akan diambil untuk diagnosis PE. Saya menggalakkan pasangan iaitu isteri turut hadir berjumpa doktor untuk berbincang dan mendapatkan maklumat seksual mereka dengan lebih tepat.
Dalam pada itu, kaum lelaki perlu sedar bahawa PE adalah masalah perubatan yang boleh menjejaskan hubungan intim dan kualiti kehidupan. Justeru itu, mereka perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment