Home » , , » Ibu Rogol Bayi Sendiri, Berumur 10 Bulan

Ibu Rogol Bayi Sendiri, Berumur 10 Bulan


Seorang ibu berumur 24 tahun ditahan kerana merogol bayi lelakinya sendiri yang baru berumur 10 bulan dan berkongsi rakaman video aksi tersebut dengan teman lelakinya di kelab malam. Wanita itu difahamkan telah membuat perjanjian dengan teman lelakinya dengan pertaruhan sebanyak RM3 juta. 



Ashley Jessup yang berasal dari Dublin, bandar yang terletak kira-kira 32 km dari Utara Colombia, telah ditahan pada 31 Ogos lepas atas empat tuduhan iaitu merogol seorang budak berumur 13 tahun, membahayakan seorang kanak-kanak dan menunjukkan isyarat lucah.

Jessup akan dihadapkan di mahkamah pada isnin dengan diadili oleh hakim Ron O'Brien. Menurut Ron O'Brien, Jessup didapati merogol bayi lelakinya di rumah pada 30 Ogos lepas sambil dirakam sebelum video rakaman tersebut dihantar melalui email kepada teman lelakinya yang tinggal di Battle Creek, Mich. 

"Mereka saling berkongsi bahan-bahan lucah antara satu sama lain," kata O'Brien kepada media Huffington. "Jessup kemudian menghantar video rakaman lucah itu berserta beberapa bahan lucah lain kepada teman lelakinya selepas diminta oleh lelaki tersebut,".

Bekas teman wanita lelaki yang kebetulan menemui video lucah berkenaan telah melaporkan perbuatan tidak bermoral itu kepada pihak polis di Michigan pada 31 Ogos yang lepas. 

"Pihak polis yang melihat video lucah itu terus menghubungi Pihak Polis Colombia untuk tindakan lanjut," kata O'Brien. "Mereka telah merampas sebuah komputer, kamera dan beberapa barang lain,".

Ekoran penahanan Jessup, bayi lelakinya terpaksa diletakkan dalam kawalan pihak bertanggungjawab. Ibu Jessup yang baru mengetahui tentang penahanan anaknya turut terkejut dan malu dengan kejadian itu.

Manakala bapa kepada bayi berkenaan, Jonathon Vasquez, 19, yang juga berasal dari Battle Creek, cuba mendapatkan perlindungan bagi bayinya. "Saya langsung tidak faham bagaimana seorang ibu sanggup melakukan perbuatan sedemikian kepada anaknya sendiri. Perbuatan itu amat menjengkalkan dan keterlaluan," luah Vasquez kepada media WWMT.




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

1 komen: