Sekumpulan pelacur lelaki kini dikesan menggunakan internet untuk ‘mempromosikan’ diri mereka. Mereka meletakkan iklan kononnya hendak mencari ‘kawan’. Malah ada di antara mereka meletakkan nombor telefon dan bergambar dalam pose yang seksi. Harga perkhidmatan yang mereka tawarkan turut disertakan. Menurut akhbar Nanyang Siang Pau, para pekerja seks lelaki ini adalah dari China, India, Thailand, Monaco, Australia dan New Zealand. Difahamkan mereka hanya akan tinggal dihotel sebagai tetamu untuk mengelakkan ditahan pihak berkuasa.
‘Caj’ yang dikenakan adalah sekitar RM150-250 untuk ‘satu sessi’, bayaran tambahan sebanyak RM100 pula akan dikenakan jika lelaki tersebut berasal dari negara barat.
Namun para pelacur lelaki ini bersedia untuk menurunkan harga sekiranya pelanggan mereka tidak mampu. Pelanggan juga diminta untuk membayar tambang teksi sekiranya ‘perkhidmatan’ mereka diperlukan di luar hotel tempat pekerja seks ini menginap.
Nampaknya kegiatan pelacuran lelaki ini semakin menjadi-jadi di bandar-bandar besar seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Difahamkan yang menjadi pelanggan utama mereka adalah golongan wanita berada dan lelaki gay.
Patutlah jumlah pesakit AIDS/HIV di negara kita semakin hari semakin membimbangkan, rupa-rupanya sebab adanya kelompok macam ini. Inilah petanda dunia akhir zaman.. dah sampai ke penghujungnya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment