Ilutrasi sahaja |
Pesakit :
SAYA menggunakan produk tisu ajaib untuk tahan lama ketika bersama isteri. Buat masa ini, saya berpuas hati dengan produk itu. Namun, adakah ia selamat digunakan dan mempunyai kesan sampingan dalam jangka panjang?
Antara bahan kandungannya ialah alkohol, Benzalkonium Chlorida, Triclosan, PEG-78, Cocomidopropyl, Betaine, Glyceryl Cocoate dan purified water.
Selain itu, kesan pada kemaluan saya masih terasa walaupun selepas dua hari penggunaannya. Ketika beraksi juga saya tidak rasa mahu ejakulasi walaupun selepas dua hari penggunaan tisu itu. Apakah cara menangani masalah ini dan adakah ia memudaratkan zakar saya?
Doktor:
Anda mengalami masalah cepat klimaks atau ejakulasi pramatang sebelum anda dan isteri mencapai kepuasan seks, justeru anda menggunakan produk tisu ajaib itu.
Sehingga kini zakar anda mengalami kekurangan rasa. Ini biasa berlaku kepada sesiapa yang mencari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah cepat klimaks dan kesudahannya mengalami masalah lain pula.
Produk yang anda gunakan sebenarnya dihasilkan dari China dan banyak dijual di farmasi tradisional Cina serta melalui penjualan MLM.
Tisu ini untuk mengatasi masalah cepat klimaks dan ia mengebaskan kulit di penghujung zakar. Malangnya, tisu ini mengandungi banyak bahan kimia keras dan kimia perosak serta ia tidak selamat untuk tisu urat saraf dan tisu mukosa.
Oleh kerana anggota kelamin lelaki dan wanita mengandungi banyak urat saraf dan kulit lembut mukosa, ia mudah rosak atau cedera.
Anda tidak sedar bahan yang anda gunakan itu memerlukan nasihat doktor, walhal ia dianggarkan sebagai racun.
Selain itu, ada bahan terselindung seperti PEG-78 dan bahan lain yang mungkin menyebabkan kerosakan atau kekurangan kepada fungsi urat saraf bahagian penghujung zakar anda.
Jika anda menggunakan tisu itu dan melakukan seks dengan isteri, sperma dalam air mani akan mati akibat kimia Benzalkonium Chlorida.
Bahan antiseptik Betaine membunuh kuman semula jadi dalam faraj isteri dan dia mungkin mengalami masalah jangkitan faraj oleh kuman pemusnah jika kuman semula jadi yang mengawal faraj mati.
Mengenai perasaan kebas yang berpanjangan, jika urat saraf penghujung rosak, fungsinya akan mengambil masa lama untuk kembali. Jika kerap menggunakan tisu itu, penghujung zakar anda mungkin kebas tanpa dapat dipulihkan.
Jika ini berlaku, anda tidak akan mudah mencapai klimaks. Selain tisu itu, ada juga krim dan semburan mengandungi bahan sama. Ia juga datang dari China dan kesannya sama.
Jangan cuba rawat sendiri dengan menggunakan ubat berbahaya. Anda perlu rujuk kepada doktor dan jangan mudah terpengaruh dengan rawatan atau kaedah yang dipaparkan dalam Internet.
Satu ketika dulu ada krim penyegar zakar digelar Virile tetapi kini, ia tidak lagi dikilangkan. Namun, krim itu masih dijual melalui Internet dan individu yang menggunakannya mendapati anggota kelamin gatal dan sakit.
Krim Virile yang dijual melalui Internet adalah krim tiruan. Sama juga dengan krim, minyak dan serbuk mengandungi gambir Sarawak dan kelapa dara boleh merosakkan kulit mukosa zakar dan faraj akibat kimia larangan di dalamnya.
Gambir Sarawak memang bahan yang memijarkan kulit dan boleh merosakkan kulit zakar dan faraj.
Masalah seksual yang anda alami perlu dirujuk doktor dan tidak boleh diuruskan melalui ubat atau kaedah Internet.
Jika was-was, anda perlu rujuk kepada Kementerian Kesihatan. Jangan mudah terpedaya kerana penjualnya menggunakan nama doktor.
Doktor bukan orang perantaraan dan tidak memberi apa-apa testimoni atau galakan untuk mana-mana pihak menggunakan sebarang produk untuk tujuan jualan.
Banyak ubat-ubatan dan krim yang tiada dalam pasaran kini dijual secara berleluasa melalui Internet dengan menggunakan nama doktor. Namun ingat, ia produk tiruan dan berbahaya.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment