Home » , , , » Remaja Ditangkap Berasmara Dalam Relung Air

Remaja Ditangkap Berasmara Dalam Relung Air

Berasmara dalam relung
Umur belasan tahun ini kata orang umur yang penuh ‘thrill’…semua nak cuba. Apatah lagi hormon tengah menggelegak, kurang iman memang tergelincir le jawabnya.


Di Kulim, Kedah sepasang remaja ditahan kerana berasmara…bukan di hotel, tapi di lubang relung air, astaga!

Yang sialnya, bukan kali pertama pasangan kekasih berusia 14 dan 16 tahun ini kantoi, tapi ini dah masuk kali ke tiga.


Akhbar Sinar Harian melaporkan, seorang pengurus kilang yang enggan identitinya didedahkan berkata, dia ternampak beberapa pekerjanya memanjat tebing kilang dan mengintai ke luar premis, manakala salah seorang daripadanya memaklumkan kepadanya berhubung perbuatan pasangan terbabit yang sedang berasmara.

“Ini bukan kali pertama pasangan ini melakukan perbuatan sumbang di sini. Sehingga kini pekerja di kilang saya telah menemui mereka sebanyak tiga kali.

“Saya terkejut apabila pekerja saya memaklumkan pasangan itu sedang berbaring sambil berasmara. Saya kemudian memaklumkan kepada unit MPV untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pasangan itu,” katanya.

Dia kemudiannya menyerahkan kes tersebut kepada anggota unit MPV untuk tindakan lanjut sejurus penahanan itu.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terlibat.

Menurutnya polis akan menjalankan siasatan jika ada laporan dibuat terhadap mangsa terlibat.

“Perlakuan seks remaja bawah umur sama ada pasangan perempuan rela ataupun tidak, ia akan diklasifikasikan sebagai rogol dan ini merupakan kesalahan jenayah serius.

“Bagaimanapun waris harus membuat laporan polis untuk membolehkan siasatan dijalankan. Sehingga kini kebanyakan kes rogol melibatkan pasangan kekasih bawah umur berlaku kerana suka sama suka,” katanya.

Katanya, gejala ini mula menular ke pelajar sekolah rendah dan ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang sempurna supaya mereka tidak mudah terlibat dalam sebarang perlakuan berunsurkan maksiat dalam usia muda.

Nasihat penulis satu jelah, buat-buatlah bertaubat, dahlah buat maksiat, lepas tu pilih relung air buat apa?

Silap haribulan dua-dua dihanyutkan dek air, tak sempat bertaubat dek non ooi!

Entahlah apa nak jadi sekarang ni, remaja kita nampaknya dah makin ‘advance’…kalau ke arah kebaikan tak mengapa, ini ke arah kehancuran.

Relung itu dibina untuk mengalirkan air, tetapi ada pula ‘makhluk’ yang gatal nak mengalirkan ‘air’ mereka.

Jangan lepas ni kita dengar ada pasangan kekasih yang berasmara dalam tangki air sudahler, itu lagi haru!

Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment