Berita ini saya ambil dari laman luar negeri perihal perilaku sakit jiwa dari seorang banduan bernama Andre Thomas yang berusia 25 tahun. Dia mempunyai perilaku yang juga tidak normal, aneh, luar biasa, dan menjadi berita panas.
Dia ditahan kerana menikam isterinya Laura Christine Boren yang ketika itu berusia 20tahun dan anaknya berusia Andre Lee yang berumur 4 tahun dan puteri 13 bulan Leyha Marie Hughes pada bulan March 2004. Bukan hanya membunuh,dia juga mengeluarkan hati mereka.
Setelah membunuh ketiga-tiga ahli keluarganya, dia menusuk dadanya sendiri. Dokumen mahkamah menyatakan bahawa ketiga-tiga mempunyai bekas luka yang amat besar di dada. Andre Thomas juga menceritakan kronologi dia membunuh ketiga-tiga, mengambil hati mereka dan meletakkannya di dompet, lalu meninggalkan pangsapuri mereka untuk selanjutnya pulang ke rumahnya.
Terakhir yang dilakukannya adalah memasukkan hati isteri dan anak anaknya ke dalam plastik dan membuangnya ke tempat sampah.
Namun setelah ditahan,dia telah melakukan satu perkara aneh di dalam penjara. Dia mencungkil matanya lalu memakan matanya.. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam hospital pesakit mental kerana didakwa dia mengalami masalah kejiwaan.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment