Home » » Suami Tetak Jari Isteri Kerana Mahu Belajar

Suami Tetak Jari Isteri Kerana Mahu Belajar

kesian
Bangladesh – Gara-gara marah dengan tindakan isterinya yang melanjutkan pelajaran tanpa mendapatkan kebenaran, seorang suami di Bangladesh bertindak gila dengan memotong semua jari kanan isterinya dalam satu kejadian yang mengejutkan masyarakat dunia.

Rafiqul Islam, 30, yang bekerja di Emiriah Arab Bersatu, melakukan perbuatan kejam itu ke atas isterinya, Hawa Akther Jui, 21, awal bulan ini, selepas pulang dari negara berkenaan.


Dalam kejadian itu, Rafiqul telah menutup mulut isterinya dengan pita pelekat sebelum memotong kelima-lima jari kanan isterinya.

“Selepas pulang dari Emiriah Arab Bersatu, dia telah menutup mata saya dengan alasan ini memberikan hadiah.

“Dia kemudiannya melekatkan pita di mulut saya dan kemudian memotong jari-jari saya. Doktor tidak boleh menyambung semula jari ini dan saya
akan kekal cacat begini untuk selama-lamanya,” kata Hawa yang kini berehat di rumah ibu bapanya.

Tambah Hawa lagi, jarinya boleh disambung semula dalam masa enam jam, namun suaminya enggan memberikan jari berkenaan dan selepas tempoh berkenaan, jari-jari berkenaan telah dibuang oleh saudara Hawa ke dalam tong sampah.

Menurut Hawa, suaminya itu yang tidak mempunyai pendidikan pelajaran tinggi, tidak membenarkannya melanjutkan pelajaran di sebuah kolej.

Malah dalam perbualan telefon dengan suaminya sebelum ini, Hawa telah mendapat amaran akan menerima padah jika melanjutkan pelajaran.

Suami Hawa kini ditahan polis dan wanita berkenaan tetap ingin meneruskan pelajarannya namun dalam masa sama mahu suaminya itu dijatuhkan hukuman terhadap perbuatan ganas dan kejam yang dilakukan ke atasnya.

“Saya tidak mahu hidup dengan dia lagi. Saya akan mula belajar menulis dengan tangan kiri dan akan melihat setakat mana saya mampu melakukannya. Saya tidak pernah membayangkan jari ditetak hanya semata-mata ingin belajar,” katanya dalam keadaan sedih.

Kejadian berkenaan merupakan keganasan baru terhadap wanita yang ingin melanjutkan pelajaran di Bangladesh.

Sebelum ini, seorang pensyarah univeristi hilang penglihatan sebelah mata selepas cedera teruk akibat diserang oleh suaminya.

Lelaki berkenaan, Syeed Hasan Sumon bagaimanapun meninggal dunia bulan ini di dalam lokap ketika menunggu perbicaraan.




Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment