Air masak baik utk kesihatan |
Meskipun keperluan air tiap orang berbeza mengikut Profesor Hiromi Shinya MD, pakar enzim yang juga guru besar perubatan di Albert Einstein College of Medicine AS, usahakan badan untuk mendapatkan bekalan air 6-8 gelas per hari (1,5-2 liter) untuk orang dewasa .
Ini akibat jika malas minum air putih seperti dilansir American College of Sports Medicine:
1. Ketika bekalan air minimum tubuh akan mengalami kekurangan air atau dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cecair di dalam otak akan menurun, pengambilan oksigen yang harusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang, bahkan boleh mengecut.
2. Komposisi otak terdiri daripada cecair, dan ketika otak tidak mendapat asupan air yang cukup akan terjadi gangguan fungsi kognitif (kepandaian) di dalam otak. Otak tidak boleh menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama dalam aspek fungsi kognitif yaang akhirnya membuat seseorang menjadi lemot, mudah lupa, dan tidak konsentrasi.
3. Dehidrasi yang dialami tubuh boleh menyebabkan gejala mulai dari yang ringan dan sederhana seperti lelah, haus, tekak kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
4. Rentan terkena jangkitan pundi kencing kerana bakteria tidak boleh keluar akibat kurang minum. Gejala jangkitan pundi kencing ini boleh berupa suhu badan yang sedikit meningkat, rasa sakit terutama saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan, sakit tekan di atas tulang kemaluan. Kadang kala terdapat darah dalam urine.
5. Perempuan harus lebih banyak mengambil air kerana panjang saluran kemihnya lebih pendek dibanding laki-laki. Banyak minum air akan membantu bakteria keluar dari saluran kencing dan mengurangkan risiko jangkitan pundi kencing.
6. Kulit jadi kusam kerana kurang minum membuat aliran darah kapilari di kulit juga tidak maksimum.
7. Kurang minum air putih boleh mengganggu fungsi buah pinggang kerananya air penting untuk mencegah batu karang. Dengan cukup air maka komponen pembentuk batu ginjal menjadi lebih mudah luruh bersama buang air kecil.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment