Kanak-kanak berusia dua tahun itu mengalami keadaan genetik yang jarang berlaku yang dipanggil Sindrom Prader-Willi yang menyebabkan dia sentiasa berselera dan tidak pernah kenyang kerana otaknya tidak manghantar maklumat bahawa dia sudah kenyang.
Norma, 45, dan Kevin, 51, perlu berhati-hati dan memantau pengambilan makanan. Mereka terpaksa meletakkan kunci di almari dapur untuk menghalang anaknya makan tanpa berhenti makanan yang berpotensi membahayakan kesihatannya yang boleh menyebabkan kematiannya.
Norma mendapati anaknya menghidap Sindrom Prader-Willi selepas dia dilahirkan lapan minggu awal melalui kaedah Caesarean.
Kanak-kanak itu juga mengalami masalah pergerakan dan pertuturan kerana lidahnya pendek dan ibu bapanya telah belajar bahasa isyarat untuk membantu anaknya berkomunikasi.
Kanak-kanak itu dimasukkan ke nurseri baru-baru ini dan ibu bapanya bimbang bahawa dia akan mula mengambil makanan dari kanak-kanak lain tanpa menyedari bahawa ia adalah perbuatan yang salah.
Norma berkata: "Apabila dia semakin dewasa, ia akan menjadi lebih sukar untuk menjauhkan anaknya daripada makanan."
"Dia yang lebih mendesak sekarang dan kami terpaksa memerhatikannya 24 jam setiap hari. Dia sentiasa mahu makan lebih banyak setiap masa, dan saya terpaksa mengalihkan perhatiannya jauh daripada makanan", kata ibunya.
Ibunya perlu memancing anaknya untuk bergerak dan membina ototnya kerana dia hanya akan duduk dan tidak melakukan apa-apa.
Leigh Vallance, Eksekutif Persatuan Sindrom Prada-Willi, Leigh Vallance menyatakan bahawa penghidap mempunyai kesukaran menjaga berat badan mereka. Keadaan ini datang dengan komplikasi lain. Sering kali, penghidapnya akan mempunyai kesukaran dalam pembelajaran.
SEORANG kanak-kanak berusia 2 tahun, Alfie Mazeika yang lapar berjalan-jalan jauh dari ibu bapanya dan memakan kek perkahwinan tiga tingkat yang sepatutnya dihidangkan di sebuah majlis perkahwinan sahabat ibunya.
Ibu bapa kanak-kanak itu, Norma dan Kevin mendapati anaknya sedang mengunyah kek span yang sepatutnya dihidangkan kepada kira-kira 100 tetamu sebagai pencuci mulut di kelab "lelaki yang bekerja" di Durham.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment