Home » » Penyanyi Kena Baling Najis

Penyanyi Kena Baling Najis

Tila Tequila

Penyanyi kacukan Perancis-Vietnam, Tila Tequila, 28, cedera dibaling batu, kaca gelas, najis dan mercun semasa dia berada di atas pentas pada Festival Muzik Juggalos di mukim Hardin, Illinois baru-baru ini.

Penonton membaling batu-batu besar ke arah mukanya, manakala botol arak mengenai mata dan rambut penyanyi tersebut hampir hangus terkena percikan api daripada mercun yang bertaburan di atas pentas. Menurut seorang saksi, batu dan botol itu semakin banyak dibaling semasa Tequila mendedahkan payu daranya.

Dia berkata, penyanyi itu gagal untuk menenteramkan sejumlah penonton yang marah kepadanya. Penyanyi itu tetap meneruskan persembahan walaupun dia berdarah kerana luka di kepala.

Ketika dia meninggalkan pentas dengan diiringi pengawal peribadi dan petugas keselamatan, sekumpulan besar penonton mengekori Tequila sehingga ke treler penginapannya sebelum mereka mengepung dan memecah tingkap kenderaan itu.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment