PETALING JAYA: Penyanyi Khairil Azam Pilus atau Aril memberitahu tidak dapat melupakan pesanan abangnya, Allahyarham Khairil Izwan Pilus, 33, supaya menjaga ibu dan ayah mereka. Selain amanat itu, Izwan pernah memarahi Aril yang masih tidak tahu melipat baju kira-kira tiga minggu lalu itu.
“Semua ini berlaku dengan begitu pantas. Saya tak sangka abang (Izwan) pergi secepat ini. Masih terngiang-ngiang di telinga saya apabila dia memberi kata-kata akhir yang di sayangkan saya dan meminta saya untukmenjaga mak dan ayah.
“Malah tiga minggu sebelum meninggal, dia ada memarahi saya kerana tidak tahu melipat baju. Katanya; ‘kau ni bila nak pandai lipat baju’?Nak tunggu aku mati ke baru nak belajar?’,” katanya sebak.
Izwan meninggal dunia di Hospital Ampang, dekat sini kira-kira pukul 6.15 petang Jumaat, akibat terkena jangkitan kuman dalam darah dan virus kencing tikus yang serius.
Orang ramai hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Izwan Pilus. Foto ihsan Maya (Matahari)
Mengimbas tentang karakter Izwan, kata Aril yang merupakan bintang Akademi Fantasia ke Tujuh (AF7) oyu berkata, penyanyi itu seorang yang bersifat pelindung dan selalu membantu keluarga ketika dalam kesusahan. MalahIzwan begitu bijak dalam menguruskan hal keluarga.
Dalam pada itu, Aril dan abangnya itu turut merancang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama, namun impian itu tidakkesampaian.
“Nampaknya impian kami untuk menyanyi berduet tidak tercapai dan saya pun tak pasti apa yang perlu dirancang selepas ini memandangkan abang dah tak ada,” ujarnya ringkas.
Ketika di hospital, lebih daripada 100 orang termasuklah keluarga, rakan-rakan artis dan pihak media memenuhi kawasan bilik mayat untuk melihat Allahyarham buat kali terakhir.
Penyanyi Farhan (AF) yang datang bersama tunangnya berkata, dia terkejut dengan berita kematian teman akrabnya itu.
“Walaupun sedih dengan pemergiannya, saya reda dengan ketentuan Ilahi. Sekurang-kurangnya saya adalah orang yang terawal datang ke hospital untuk melihatnya buat kali terakhir.
“Memang perasaan saya sangat sedih kerana kami telah mengharungi pelbagai kenangan pahit dan manis bersama sejak berkenalan padapertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 2004.
“Dia seorang yang begitu baik dan suka menyakat rakan-rakannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat,” kata Farhan.
Pelakon dan penyampai radio Suria FM, Kencana Devi pula berkata, sehingga kini dia masih lagi tidak dapat menerima kehilangan Izwan kerana usia yang terlalu muda.
“Susah untuk saya terima tentang pemergiannya. Berdasarkan apa yangsaya tahu, Izwan seboleh-bolehnya tidak mahu menyakiti hati sesiapa dan kerana itu dia dikelilingi ramai teman hari ini,” ujarnya.
Selain Farhan dan Kencana, antara selebriti yang melawat Allahyarham di hospital ialah Farawahida, Zed Zaidi, Akim dan Hafiz (AF), Azza (Elite) dan Roslan Shah.
Izwan merupakan finalis Bintang RTM 2004 telah menghasilkan album “Erti Kasih” yang memuatkan lagu “Kembali Senyum”, sebuah lagu saduran yang dipetik daripada drama “Full House” dari Korea Selatan.
Dia juga aktif menjadi pengacara untuk beberapa program terbitan RTM.
Terdahulu jenazah Allahyarham yang di bawa pulang ke kampungnya pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira pukul 10.30 pagi Sabtu, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Palembang Gubah, Jasin, Melaka.
mStar
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
semoga arwah dicucuri rahmat...
ReplyDelete