Home » , , » Stephen Chow Usung Model Bikini

Stephen Chow Usung Model Bikini


Dalam zaman moden ini, nampaknya penampilan dan usia bukan lagi faktor dalam percintaan dan berkasih sayang.

Pada usia matang 49 tahun, pelawak terkenal Hong Kong, Stephen Chow – dengan rambut uban dan kedutannya – masih menjadi rebutan ramai gadis muda, membuatkan ramai lelaki ingin mengetahui rahsia kehebatan ‘playboy’ itu, menurut laporan oleh Sina.com.

Dalam senarai wanita muda dan cantik yang pernah Chow pikat, model bikini Hong Kong yang sedang menempah nama, Kama Lo, yang hanya berusia 21 tahun, mendahului senarai itu dengan mudah.

Baru-baru ini pelawak Hong Kong itu dan cinta terbarunya itu dilihat menikmati satu percutian romantik di Jepun.

Selain itu, laporan menyatakan yang pasangan merpati dua sejoli itu telah bercinta sejak beberapa bulan lalu, di mana ia membuat seseorang tertanya-tanya bagaimana Chow berjaya menyimpan maklumat itu daripada pengetahuan umum untuk seketika.

Syarikat pengurusan Chow enggan memberi komen mengenai kehidupan peribadinya ketika dihubungi media wilayah pentadbiran khas berkenaan.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment