Adakah anda sukar untuk meraih simpati wanita idaman anda? Jangan berputus asa. Berikut adalah cara-cara untuk memenangi hati wanita yang anda kagumi. Dengan luahan cinta pada seorang wanita tak bererti anda telah berjaya memenangi hatinya. Tentu, anda pun memerlukan usaha tambahan agar hatinya terbuka untuk anda.
Menjadi lelaki sopan untuknya
Wanita mana yang tak suka ketika dilayani oleh seorang lelaki sopan, misalnya disambut kedatangannya dengan membuka pintu kereta untuknya, menarik kerusinya ketika berada di restoran serta membawakan beg perbelanjaan.
Eye's Contact
Setiap kali berbicara dengannya lihatlah matanya secara langsung seolah-olah menandakan perhatian tulus untuknya. Jangan lupa untuk tersenyum, sehingga membuat kesan keramahan padanya. Dia pun akan melihat bahawa anda adalah seorang yang ceria.
Jujur
Jangan menyembunyikan hubungan masa lalu tetapi ceritakanlah kisah tersebut dengan baik. Tidak ada hal yang lebih buruk daripada mendengar seorang lelaki yang terus menerus memikirkan bekas teman lelaki. Dan tidak ada yang lebih buruk ketika mencari hubungan masa lalu pasangan anda yang tidak pernah disebutkannya pada anda. Jadi sebelum hal tersebut berlaku, jujurlah tentang kisah asmara anda di masa lalu.
Tanyakan aktiviti hariannya
Jangan pernah lupa untuk bertanya bagaimana hari-harinya. Jangan lupa untuk memberikannya spirit untuk menjalani hari-harinya. Memaparkan kebimbangan pasti akan membuatkan anda menarik di matanya.
Berikan sentuhan di tangan
Sesekali, sentuhlah tangannya dengan baik-baik untuk memberikan sebuah perhatian khusus padanya. Sentuhan ini akan membuatnya merasa bahawa anda begitu memerhatikannya.
Percaya diri
Ketika berhadapan dengannya bersikaplah percaya diri dan hilangkan kegugupan yang melanda hati anda. Tunjukkan bahawa anda seorang lelaki. Seorang lelaki yang tinggi kepercayaan diri akan kelihatan berkesan bagi siapapun, apalagi di mata wanita.
Memasak untuknya
Buatlah brownies atau masaklah makanan kegemarannya. Ini tak hanya cara untuk memenangi hati lelaki melalui perutnya tapi juga memenangi hati wanita.
Berikan pujian
Setiap wanita akan sangat menyukai jika anda memujinya. Pujilah dengan tulis gaun yang dikenakannya atau susunan make up yang membuat anda benar-benar menyukainya. Percayalah, wanita sangat menyukai kejujuran pujian yang anda layangkan untuknya.
Cari tahu hobinya
Siapa yang tak senang ketika hobinya disokong secara maksimum, apatah lagi meng-cover keperluannya untuk kian menyuburkan hobinya tersebut. Jadi, misalnya dia suka mengumpul boneka tertentu, anda pun boleh mencari tahu boneka apa yang membuatnya senang. Anda pun boleh mencari koleksi boneka yang dia suka. Jaminan, hatinya pun terenyuh melihat perhatian tulus anda tersebut.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment