Home » , » [ANEH] Wanita Berkulit Kertas

[ANEH] Wanita Berkulit Kertas


Menulis di kulit tubuh dengan pen itu sudah biasa. Tapi seorang perempuan yang menghidap penyakit kulit yang aneh, boleh mencoret-coret kulitnya dengan kuku untuk menghasilkan sebuah tulisan. Mungkin kita tidak percaya bila kulit tubuh boleh dijadikan sebagai media untuk menulis? Tapi kejadian tersebut benar-benar dialami seorang nenek yang boleh menulis di tubuhnya sendiri dengan menggunakan kuku. 

Kes nenek bernama Huang Xiangji pertama kali menarik perhatian media pada tahun 2008. Seperti laporan ChinaDaily, Huang sudah mengalami kelainan kulit aneh ini sejak kecil, Oleh pasukan perubatan Huang dikenalpasti menderita sindrom artificial urticaria yang merupakan kelainan kulit.



Apapun yang dicoret pada kulitnya akan meninggalkan bekas termasuk kata-kata yang ditulisnya dengan lembut menggunakan kuku. dia kini digelar ‘buku berjalan’. Tubuh nenek yang kini berusia 52 tahun ini dipenuhi dengan puisi dan nota. “Keadaan ini sangat berguna kerana saya boleh menggunakan tangan saya untuk menulis nama barang ketika saya ingin berbelanja ke pasaraya,” jelas Huang, nenek yang digelar ‘wanita kertas’,. 


Seorang pakar kulit di Chinese Medical Association mengaku terkejut melihat keadaan ini. Dia mengatakan bahawa nenek ini tidak mengalami kesan yang buruk walaupun keadaan yang dialaminya sangat aneh. “Saya cuba menulis di kulitnya menggunakan jari, huruf-huruf itu kemudian menonjol dari kulitnya beberapa saat kemudian,” ujar Sandra Hsu, pakar kulit dari Chinese Medical Association.



Hsu mengatakan nenek Xiangji mengaku bahawa dia telah menggunakan tubuhnya sendiri sebagai buku selama bertahun-tahun. “Nenek itu bahkan tidak memerlukan pen dan kertas untuk menulis,” ungkap Hsu. Menurutnya, gangguan kulit urticaria memang sering terjadi, tetapi keadaan yang membolehkan pesakit boleh menulis di kulit sendiri sangatlah jarang. “Keadaan ini pada dasarnya adalah alahan, tetapi keadaan kulit yang menjadi begitu sensitif hingga boleh dijadikan buku berjalan sangatlah tidak biasa, “tambah Hsu. Sampai saat ini, belum ada data yang jelas yang menunjukkan jumlah pesakit yang menderita kelainan kulit artificial urticaria.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment