Home » , » Bekas Penyampai Berita Mati Dalam Penjara

Bekas Penyampai Berita Mati Dalam Penjara

Halah al-Misrati

Libya – Seorang penyampai berita stesen televisyen Libya, Halah al-Misrati, yang juga penyokong kuat bekas pemimpin negara berkenaan, Muammar Gaddafi, ditemui mati dalam penjara.

Misrati yang bekerja dengan televisyen Jamahiriya dikenang sebagai seorang wanita yang lantang mengkritik penentang Muammar dan pernah mengangkat senjata sambil berikrar melawan pejuang revolusi yang cuba merampas stesen televisyen berkenaan.

Dia juga terkenal kerana mengecam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang melahirkan kebimbangan berhubung keganasan di Libya sebelum ini sehingga menyebabkan kematian penunjuk perasaan.

Misrati ditangkap pada bulan Ogos tahun lalu dan kali terakhir muncul di televisyen ialah pada 30 Disember 2011.

Namun kemunculannya itu mencetuskan persoalan sama ada dia melancarkan mogok ataupun lidahnya mungkin telah dipotong, kerana Misrati langsung tidak bersuara.

Tindakannya yang lantang memperjuangkan Muammar telah mencetuskan kemarahan di penduduk di Libya sehingga sekumpulan belia di negara itu telah mewujudkan gesaan agar dia dibicarakan kerana mengkhianati negara dalam laman sosial, Facebook.

Dia juga didakwa menjadikan kariernya dalam media sebagai medan mengecam dan menyerang pejuang revolusi.

via suarapeople



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment