Home » , » Gila! Guru Minta Seks Untuk Lulus Ujian

Gila! Guru Minta Seks Untuk Lulus Ujian


SOWETO: Pelajar sekolah di Limpopo di sini memboikot kelas sejak awal tahun selepas mendakwa guru mereka meminta pelajar perempuan melakukan hubungan seks, lapor akhbar di sini.

“Kami tidak boleh berpeluk tubuh apabila guru yang kami anggap sebagai ibu bapa, mahu meniduri kami sebagai pertukaran untuk lulus pada hujung tahun,” kata pelajar yang namanya dirahsiakan.


Pelajar di Sekolah Tinggi Mahlontebe di Roosenekal dilaporkan mendapat sokongan ibu bapa memboikot kelas selain menuduh guru selalu lewat atau tidak hadir.

Pengerusi badan mentadbir sekolah berkenaan, Ephraim Chilwane mengesahkan tindakan boikot oleh pelajar dan berkata dakwaan mereka sedang disiasat.

Badan pentadbir sekolah juga meminta jabatan pendidikan wilayah melakukan siasatan sendiri.

Seorang pelajar kelas berkenaan berkata, mereka memboikot kelas selepas guru tidak menunjukkan minat untuk mengajar dan mendakwa kebanyakan murid gagal dalam pelajaran kerana guru tidak melakukan tugas mereka.

“Kami tidak boleh berdiam diri apabila guru yang dianggap seperti ibu bapa sendiri mahukan seks sebagai tukaran meluluskan peperiksaan pada akhir tahun,” katanya.

Seorang lagi pelajar memberitahu, mereka melaporkan kelakuan guru itu pengetua sekolah namun tiada tindakan diambil.

Kesatuan Guru Demokratik Afrika Selatan dan jabatan pendidikan juga berkata bahawa mereka juga melancarkan siasatan sendiri. – Agensi


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment