Home » , , » [SEMASA] PERKASA Minta Kerajaan Batalkan Konsert Erykah Badu

[SEMASA] PERKASA Minta Kerajaan Batalkan Konsert Erykah Badu

gambar kontroversi yg menyebabkan konsert terbatal

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) meminta kerajaan membatalkan konsert penyanyi Amerika Syarikat, Erykah Badu, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang dijadualkan esok. 

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali, berkata PERKASA berpendapat konsert berkenaan perlu dibatalkan kerana penyanyi itu menghina Islam.
"Kita tidak boleh biarkan konsert itu diteruskan. Rakyat asing yg menghina Islam untuk apa kita benarkan dia masuk. Kalau penyanyi itu sudah ada dalam negara ini, perlu dihalau keluar segara," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau juga meminta umat Islam yang berhasrat untuk menyaksikan konsert penyanyi berusia 40 tahun itu esok supaya membatalkan niat mereka jika sayangkan kesucian Islam. 

Akhbar hari ini melaporkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Pengarang Urusan, Ketua Pengarang Berita dan Pengarang Kanan akhbar The Star untuk memberi penjelasan mengenai tindakan akhbar bahasa Inggeris itu menyiarkan gambar penyanyi bertatu di badan termasuk kalimah Allah. ~ Bharian


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment