Ahmad telah menceritakan : Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : Rasulullah S.A.W. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a. di mana baginda S.A.W. telah bersabda : Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah S.W.T. mengeluarkan tujuh puluh (70) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah S.W.T. menurunkan tujuh puluh (70) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu merantai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat (4) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-
1. Susu
2. Cuka
3. Ketumbar (Coriander)
4. Epal Masam
Saidina Ali .a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang?" Baginda S.A.W. menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."
Saidina Ali r.a. bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah cuka itu di larang? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) . Baginda S.A.W. menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai ketumbar (coriander), ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang epal masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment