New York – Satu artikel yang ditulis oleh seorang wanita di dalam majalah Voque edisi April mengenai berat badan anaknya yang berusia tujuh tahun telah menerima kritikan di kalangan pembaca majalah berkenaan.
Tindakan Dara-Lynn Weiss itu disifatkan sebagai pentingkan diri sendiri dan tidak wajar dengan memperkatakan mengenai berat badan anaknya untuk tatapan umum.
Dalam tulisannya, Dara-Lynn berkata, pakar telah meminta supaya anaknya, Bea menjalani diet kerana pada ketinggian 4’4″ dan berat 93 pounds, budak itu secara klinikalnya dianggap sebagai obes dan berisiko tinggi untuk mendapat tekanan darah tinggi dan diabetes.
“Ada kalanya selepas waktu sekolah, Bea akan makan sekeping pizza atau makanan ringan yang lain.
“Pada hari lain saya memaksanya makan sup sayuran rendah lemak atau sebiji telur yang direbus. Ada kalanya apabila dia mahu ke parti, saya hanya memberinya makan suku daripada sekeping kek kopi, itupun sebab saya hendak makan separuh daripadanya,” tulis Dara-Lynn.
Namun ketika Bea makan kek itu, Dara-Lynn akan memberi ingatan supaya menghentikan makan makanan tersebut, kerana dia menjadi gemuk.
Jelas Dara-Lynn, dia tidak berminat dengan makanan atau menu di restoran atau memuntahkan semula makanan, sebaliknya dia mengajar anaknya makan makanan sihat.
Namun tulisannya itu mendapat kecaman ramai terutama individu yang bosan dengan kehidupan socialite yang sentiasa pentingkan diri sendiri.
“Saya yakin Dara-Lynn telah menyerahkan pelan rancangannya mengenai pemakanan untuk masa depan,” ujar seorang pengkritik dalam nada perli.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment