KANSAS – Seorang pelajar yang berada di sekolah menengah tinggi yang sedang koma telah memberikan kejutan kepada pihak hospital dan doktor yang merawatnya apabila boleh menjaringkan bola keranjang walaupun dalam keadaan yang tidak sedarkan diri.
Maggie Meier yang jatuh sakit setelah menghidap penyakit sawan dan kerosakan otak pada tahun 2008 telah dimasukkan ke dalam hospital setelah tidak sedarkan diri.
Meier yang merupakan pelajar di Blue Valley High School Northwest di Overland Park koma hampir selama tiga bulan sering mengalami serangan kejang otot yang mengambil masa sehingga dua hingga tiga jam.
Doktor yang merawat Meier, Dr. William Graf, pakar neurologi saraf mendakwa, gadis remaja itu menghidapi penyakit Meningoencephalitis Mycoplasma di mana sejenis sakit meningitis yang menyerang otak serta mengakibatkan bengkak pada otak.
Akibat dari sakit itu, Meier tidak dapat sedarkan dirinya serta tidak dapat mengingati semula perkara-perkara yang lepas yang pernah terjadi dalam hidupnya.
Namun, ahli keluarga Meier sedikit pun tidak berputus asa untuk memberikan sokongan dan rawatan yang sewajarnya supaya gadis itu kembali sihat.
Untuk mengingatkan semula ingatan Meier, keluarganya telah meletakkan bola keranjang di tangan Meier sewaktu dia berada dalam koma dan hasil tindakan refleks, Meier telah menjaringkan bola keranjang itu secara tiba-tiba.
Bagi Dr. William, dia menyifatkan tindakan dan aksi Meier itu adalah merupakan naluri asas yang sememangnya tertanam di dalam otak Meier walaupun telah lama dia terlantar koma.
“Tindakan dia menjaringkan bola keranjang itu merupakan tindakan refleks hasil dari usahanya untuk mengingat semula cara-cara dia bermain bole keranjang. Ingatan itu kembali walaupun dia tidak mampu untuk berjalan atau bercakap mahu pun bergerak,” kata Dr. William dari laporan Daily Mail.
Selepas beberapa kali cubaan itu dilakukan, Meier kembali sedar tetapi dirinya tidak ubah seperti seorang bayi yang tidak mampu bergerak, bercakap dan berjalan.
Semenjak sedar dari koma, Meier terpaksa mempelajari semula setiap aspek kehidupan tentang dirinya termasuklah cara berjalan, membaca dan bercakap supaya dapat mengatasi kekurangan dirinya itu.
Walaupun mengalami nasib yang tidak baik, Meier masih cekal menjalani kehidupan seperti biasa dan menanam cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ijazah Pendidikan Khas di Benedictine College.
Meningoencephalitis Mycoplasma adalah penyakit serangan bakteria yang menyebabkan radang otak yang mampu melumpuhkan sistem saraf manusia hingga dalam kes-kes tertentu, penyakit ini boleh mengundang maut kepada pesakit.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment