Siapa pun mungkin kesukaran mengenali kanak-kanak di Desa Kodinhi, Kerala, India. Sebab, sekurang-kurangnya ada 100 pasang anak kembar lahir di desa tersebut. Dua puluh pasang di antaranya mendapat pendidikan di sekolah menengah yang sama, iaitu Seethi Sahib Memorial, Daerah Malappuram.
Tidak hairanlah jika guru di sekolah itu mendapat tugas tambahan untuk menghafal muridnya satu per satu. Kedua-dua puluh pasang anak kembar itu berjenis jantina sama dan merupakan kembar. Para guru selalu salah ketika menyapa nama mereka. Apalagi setiap pasang anak kembar hanya dibezakan dengan belahan rambut.Salah satu pasangan kembar mengatakan, tanda lahir di leher merupakan salah satu membezakan mereka. Lebih mereka hampir sama.
Warga Desa Kodinhi yang majoriti muslim juga mengatakan, kewujudan anak kembar di desa itu bukan hal yang aneh. Mereka mengangapnya sebagai hal istimewa yang dianugerahkan Maha Pencipta.
Kebanyakan anak kembar juga lahir di Hospital yang sama. Menurut gynaecologist Hospital tempatan, selama 10 tahun dia bekerja tercatat ada 100 hingga 150 kembar. Lima atau enam di antaranya kembar tiga. Kenyataan itu melahirkan misteri yang menarik untuk diteliti lebih lanjut.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment