KUALA LUMPUR: Seorang pengurus produksi wanita berusia 25 tahun dan rakan sejawatnya membuat laporan polis mendakwa pelakon popular yang juga pengarah, Fauzi Nawawi mengugut untuk mencederakannya selain merampas kereta miliknya dalam kejadian di pejabatnya di Wangsa Melawati, Ampang, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa mendakwa Fauzi dan beberapa rakannya menaiki empat kereta pergi mencarinya di rumah.
Mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dalam kejadian itu, Fauzi bertindak di luar kawalan dengan memberi banyak ugutan terhadapnya sedangkan perselisihan yang berlaku bukanlah disebabkan hutangnya dengan pelakon berkenaan sebanyak RM14,000.
“Memang kami ada berhutang dan belum melunaskan separuh daripada bayaran pelakon termasuklah RM14,000 membabitkan Fauzi, tetapi mereka harus faham lambat laun kami akan melangsaikan juga hutang itu dan tidak pernah sesekali melarikan diri.
“Untuk pengetahuan, kami baru saja melunaskan bayaran RM28,000 kepada seorang warga Iran itu dan akan melangsaikan semua baki hutang kepada semua terbabit termasuk Fauzi dalam masa terdekat,” katanya enggan mengulas lanjut mengenai jenis ugutan diterima daripada Fauzi dan rakan-rakannya ketika dihubungi, semalam. - Mymetro
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment