Home » , » Irma Hasmie Kahwin 1 Julai Ini

Irma Hasmie Kahwin 1 Julai Ini

SUNGAI BULOH – Pelakon Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, pada petang Sabtu.

Irma

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

“Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu".

“Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat,” katanya.

Pada majlis yang serba ringkas itu, bekas kekasih pelawak Nabil (Raja Lawak) mengenakan busana rona biru cair rekaan Hatta Dolmat.

Pelakon itu telah menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Dalam pada itu, majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, teman rapat dan beberapa rakan artis. – MStar



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

2 komen:

  1. Alamdulillah...moga semuanya berjalan lancar, tahniah buat Irma

    ReplyDelete