Home » , » Kaka Penyuntik Kemenangan Real Madrid

Kaka Penyuntik Kemenangan Real Madrid

JURULATIH Real Madrid, Jose Mourinho menyifatkan kemasukan Kaka pada minit ke-64 berjaya memberi kesan positif kepada pasukannya untuk menundukkan kelab Cyprus, APOEL Nicosia 3-0 pada aksi suku akhir pertama Liga Juara-Juara di gelanggang lawan, awal pagi tadi.

kaka

Real memerlukan sehingga minit ke-74 untuk menjaringkan gol pertama menerusi Karim Benzema sebelum Kaka menambah gol kedua pada minit ke-82.

Pada penghujung permainan, Benzema menjaringkan gol kedua peribadinya dan gol ketiga Real untuk bekalan selesa dibawa ke Santiago Bernabeu, minggu depan.

“Ia mengambil masa yang panjang untuk kami mendapatkan gol pertama. APOEL jelas beraksi dengan cukup baik. Kami berjaya memenangi perlawanan ini kerana kami beraksi lebih baik berbanding mereka.

“Pasukan lawan memiliki pertahanan yang cukup baik dan semangat berpasukan mereka cukup tinggi. Tapi kami beri 100 peratus dan sebab itulah kami mampu untuk menang biarpun APOEL sudah melakukan yang terbaik,” kata Mourinho. – mynewshub.my



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment