Home » » Kerajaan Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel

Kerajaan Malaysia tidak pernah menjalin hubungan diplomatik dengan Israel

Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini



KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sama sekali tidak pernah menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, dasar tersebut amat jelas dan ia tidak pernah berubah malah Malaysia secara konsisten menyuarakan kebimbangan serta mengutuk keras tindakan Is-rael menceroboh wilayah Palestin.

“Perlu dijelaskan bahawa kerajaan tidak langsung menyokong sebarang tindakan dan pendekatan Israel yang jelas melanggar perundangan antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Ini termasuk resolusi 242, Resolusi 338, Resolusi 425 dan Resolusi 194,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Juslie Ajirol (BN-Libaran) pada sesi Dewan Rakyat di sini semalam.

Anifah berkata, kerajaan sentiasa memberi sokongan dari segi sosial, politik dan ekonomi kepada Palestin.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment