BUTTERWORTH – Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Pulau Pinang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri akan memantau peniaga supaya tidak menjual topi keledar separuh atau berbentuk seperti ‘kura-kura’.
Pengarah JKJR Pulau Pinang, S. Jegan berkata topi kaledar jenis itu telah dilarang untuk dijual sejak awal tahun ini kerana ia tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Sirim.
Katanya pihaknya telah menasihati lebih 300 buah kedai yang menjual topi kaleder jenis itu supaya tidak lagi menjualnya.
“Bagi enam bulan pertama ini, pihak kami akan pergi ke kedai-kedai yang berkenaan untuk memaklumkan berhubung penguatkuasaan larangan penjualan topi kaledar terbabit supaya peniaga tidak lagi menjualnya.
“Tindakan akan diambil oleh KPDNKK kepada peniaga yang terus menjual topi kaleder jenis kura-kura itu mulai bulan Julai depan,” katanya kepada pemberita pada majlis kempen keselamatan jalan raya sempena musim cuti sekolah sekarang. – BERNAMA
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment