China – Hanya kerana marah selepas ditangkap akibat mencuri, seorang remaja membalas dendam ke atas seorang lelaki, dikenali sebagai Huang dengan membunuh lelaki itu dan dua lagi anggota keluarganya di Nanning.
Remaja itu, Xiao Wei berbuat demikian kerana Huang telah membuat laporan polis bahawa dia telah beberapa kali merompak kedai milik Huang.
Kerana malu, dia bertindak nekad dengan menembak mati Huang dan isterinya dengan menggunakan senapang patah.
Sementara anak lelaki pasangan itu dipukulnya hingga mati dalam kejadian pada 3 Mac lalu.
Selepas melakukan pembunuhan kejam itu, Xiao Wei telah mencuri wang tunai sebanyak AS$6,340 dan membuang senjata berkenaan.
Ketika ditangkap polis, dia tidak menunjukkan sebarang perasaan bersalah sebaliknya hanya tenang.
Dia juga dilaporkan memberitahu polis “Saya telah menceritakan semuanya, boleh saya balik ke rumah sekarang?,”.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment