MANCHESTER CITY kembali merapatkan jurang hanya satu mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester United selepas anak-anak buah Roberto Mancini itu berjaya menewaskan pasukan di tangga kelima, Chelsea 2-1 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Biarpun ketinggalan menerusi jaringan Gary Cahill pada minit ke-60, City berjaya menyamakan kedudukan hasil sepakan penalti Sergio Aguero pada minit ke-78.
Samir Nasri muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan City pada minit ke-85 selepas menyudahkan hantaran pemain bermasalah yang tampil beraksi buat kali pertama, Carlos Tevez.
“Saya cukup gembira dengan Tevez. Dia menunjukkan semangat yang baik dan dia cukup penting buat kami untuk mengharungi saingan hujung musim,” kata Nasri.
Selepas 29 perlawanan, United mengumpul 70 mata dan City 69 mata, manakala tangga ketiga kini menjadi milik Arsenal dengan 55 mata, satu mata mengatasi penghuni sebelumnya, Tottenham.
Arsenal berjaya meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Everton 1-0 di tempat lawan, awal pagi tadi hasil jaringan tunggal Thomas Vermaelen pada minit kelapan.
Tottenham tergelincir ke tangga keempat selepas mereka sekadar seri 1-1 dengan Stoke di White Hart Lane.
Cameron Jerome meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-75 tetapi mujur Rafael Van der Vaart menyelamatkan maruah tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-90.
Sementara itu, kejutan berlaku di Loftus Road apabila pasukan di tangga ketujuh, Liverpool tewas 2-3 kepada QPR yang kini bernafas seketika naik ke tangga ke-17.
Liverpool tampak selesa selepas mendahului 2-0 hasil jaringan Sebastian Coates pada minit ke-54 dan Dirk Kuyt (72) sebelum QPR bangkit membalas tiga gol menerusi Shaun Derry (77), Djibril Cisse (86) dan Jamie Mackie (90).
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment