Home » » Mengaku Tidak Bersalah Selepas Menceroboh dan Memperkosa Lelaki

Mengaku Tidak Bersalah Selepas Menceroboh dan Memperkosa Lelaki

 Rebecca helen elder

Seorang wanita Dari Australia harus diseret ke mahkamah kerana menceroboh masuk ke dalam rumah seorang lelaki dan kemudian memperkosanya! Namun wanita berumur 39 tahun ini mengaku tak bersalah atas dakwaan tersebut.

Rebecca Helen Elder harus menjalani perbicaraan pertamanya di Mahkamah Daerah Adelaide, Australia. Rebecca disabit dua dakwaan sekaligus, yakni memasuki rumah orang lain tanpa izin dan rogol.

Demikian seperti dipetik oleh Daily Mail, Khamis (22/3/2012).

Identiti si lelaki yang menjadi mangsa dalam kes ini dirahsiakan oleh pendakwa mahupun mahkamah. Tidak diketahui dengan jelas apa hubungan si lelaki dengan Rebecca.

Insiden ini terjadi di sebuah rumah di pinggiran Adelaide antara 20 dan 23 September 2011 lalu. Pendakwa raya menyebut, ketika itu Rebecca sengaja memasuki rumah si lelaki tanpa izin dengan niat untuk melakukan hubungan intim dengan lelaki tersebut.

Menurut pendakwa, tindakan yang dilakukan oleh Rebecca tergolong sebagai jenayah rogol kerana si lelaki tidak bersedia, namun dipaksa. Pendakwa raya menyebut Rebecca memperkosa lelaki tersebut dengan memaksanya berkaitan seks oral.

Hakim Wayne Chivell menyatakan Rebecca bebas bersyarat setelah membayar jaminan. Persidangan pun akan dilanjutkan bulan depan.





Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment