India – Hidup tanpa tekanan menjadi amalan bekas juara bina badan Mr. Universe 1952, Manohar Aich sehingga dia masih kekal sihat biarpun usianya telah menjangkau 100 tahun, semalam.
Selain itu, amalan minum susu, makan buah-buahan dan sayur bersama nasi serta ikan yang diambilnya setiap hari telah membantunya mengekalkan kesihatan.
Aich juga tidak langsung menyentuh rokok atau minuman keras.
“Saya tidak pernah membenarkan sebarang tekanan menguasai saya biarpun saya terpaksa bergelut untuk mendapatkan wang sejak kecil. Namun dalam apa juga keadaan, saya sentiasa gembira,” katanya.
Aich, yang dilahirkan di sebuah bandar kecil di Bengal, mula tertarik dengan bina badan selepas melihat gusti.
Selepas meninggalkan sekolah pada 1942, dia menyertai Tentera Udara India di bawah kolonial British dan sejak itu mula bergiat aktif dalam sukan berkenaan.
Namun dia mula menjalani latihan secara serius selepas dipenjarakan selama beberapa tahun kerana menentang kolonial.
Dia memenangi “Mr. Hercules” pada 1950 dan pada 1951, Aich mendapat tempat kedua dalam pertandingan Mr. Universe.
Dia kemudiannya terus menetap di London untuk menjalani latihan sebagai persiapan pertandingan Mr. Universe pada 1952 dan berjaya merangkul gelaran juara.
Namun Aich berasa sedikit terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dengan pemenang Mr. Universe, Arnold Schwarzenegger.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment