Home » » Syabu RM600,000 Disorok Dalam Bungkusan Biskut

Syabu RM600,000 Disorok Dalam Bungkusan Biskut


KOTA KINABALU – Pelbagai taktik digunakan sindiket penyeludupan dadah untuk membawa masuk bekalan haram itu ke mana-mana lokasi di negara ini.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dua lelaki ditahan pihak berkuasa ketika cuba menyeludup masuk dua kilogram dadah jenis syabu bernilai RM600,000 menggunakan bungkusan biskut yang dimuatkan dalam beg sandang mereka semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 21 tahun dan merupakan rakyat tempatan ditahan di Terminal 2 lapangan terbang itu pada pukul 1.05 petang sebaik sahaja melepasi pemeriksaan imigresen, sejurus tiba dari Senai, Johor.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, hasil pemeriksaan ke atas kedua-dua beg dibawa suspek, pihaknya menemui dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam bungkusan biskut bersama-sama pakaian.

“Dadah itu dibungkus dalam plastik yang disorokkan dalam bungkusan biskut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Rahim Dolmat.

Menurut beliau, kedua-dua suspek kini ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hamza memberitahu, pihaknya masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek terlibat dalam mana-mana sindiket dadah dan berdasarkan siasatan awal, bekalan dadah itu untuk pasaran tempatan.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment