Home » , » Piala FA: Tottenham dan Everton Mara ke Separuh Akhir

Piala FA: Tottenham dan Everton Mara ke Separuh Akhir

piala FA

TOTTENHAM menempah pertemuan separuh akhir Piala FA dengan Chelsea selepas mereka berjaya menewaskan Bolton 3-1 pada aksi suku akhir, awal pagi tadi manakala Everton pula bakal berdepan Liverpool selepas mereka menewaskan Sunderland 2-0.

Di White Hart Lane, kemenangan Tottenham itu terhasil menerusi jaringan Ryan Nelsen (74), Gareth Bale (77) dan Louis Saha (90) sementara gol saguhati Bolton dijaringkan Kevin Davies (90).

“Agak mengagumkan apabila kami dapat bersama-sama penyokong setia kelab ini untuk aksi separuh akhir di Wembley. Kami sedar lawan kami nanti agak sukar iaitu Chelsea tetapi kami akan berikan yang terbaik,” kata Bale.

Separuh akhir Piala FA di Wembley itu bakal menemukan Everton dan Liverpool pada 14 April manakala Tottenham pula berdepan Chelsea pada 15 April.

Sementara itu, di Stadium of Light, awal pagi tadi, Sunderland gagal menggunakan kelebihan aksi di laman sendiri apabila tumbang kepada Everton menerusi jaringan Nikica Jelavic (24) dan gol sendiri David Vaughan (57).

“Jika kami gagal menang pada perlawanan ini, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena. Kami tiba di stadium ini agak lewat dan saya dengar masalah itu memang kerap berlaku di sini. Tapi ia sebenarnya membuatkan kami lebih bersemangat,” kata pengurus Everton, David Moyes.

‘Liverpool tetap pilihan berbanding kami. Mereka menewaskan kami dua kali musim ini dan pasti mereka akan turun sebagai pasukan pilhan. Kami akan cuba beri yang terbaik kerana beraksi sebagai underdog lebih selesa.”



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment