Home » , » Raja Tawon Serangga Terbesar, Berukuran 2.5 inci

Raja Tawon Serangga Terbesar, Berukuran 2.5 inci

raja tawon

SULAWESI - Penulis tidak mampu hendak membayangkan apa yang akan terjadi kalau disengat Raja Penyegat yang besarnya 2.5 inci? Mohon dijauhkan dari sebarang kecelakaan seumpama itu.
Spesis ini ditemui di Sulawesi, Indonesia dan dikenali sebagai Raja Tawon (King of Wasps) di negara itu.
Tawon raksasa berukuran 2.5 inci itu mempunyai rahang panjang, lebih panjang berbanding saiz kakinya dan ditemui seorang profesor entomologi dari University of California, Lynn Kimsey.
“Saya masih hairan bagaimana cara ia berjalan, kerana rahangnya yang lebih panjang (dari kakinya), seperti raksasa,” ujarnya seperti disiarkan oleh Dailymail, Sabtu (24/3).
Kimsey menjelaskan, rahang dari tawon raksasa itu sangat besar hingga sering membungkus kedua sisi kepalanya. Ketika rahang terbuka, rahang tersebut ternyata lebih panjang dari kaki depannya.
Kimsey mencari jenis tawon perajurit ini di Pegununggan Mekongga, di daerah bahagian tenggara Sulawesi.
Ukurannya sangat besar dan kelihatan ganas membuat tawon raksasa ini seperti komodo Tawon. “Saya menamainya Garuda, seperti simbol nasional Indonesia, iaitu seekor burung,” katanya.
Rahang besar ini, menurutnya punya fungsi penting bagi haiwan berkenaan. “Rahang besar ini memainkan peranan dalam pertahanan dan pembiakan,” katanya.
(Sumber: Republika dan Dailymail)


Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment