Home » , » Talackova Dibatalkan Penyertaan kerana Dia Lelaki

Talackova Dibatalkan Penyertaan kerana Dia Lelaki

Jenna Talackova

Seorang calon ratu cantik telah dikeluarkan dari pertandingannya apabila pihak penganjur mendapati beliau "dilahirkan sebagai seorang lelaki".

Penganjur Pertandingan Ratu Cantik Kanada membatalkan penyertaan Jenna Talackova apabila mereka mendapat tahu beliau telah menjalani pembedahan untuk menjadi seorang wanita.

Calon transgender ini telah pun sampai ke peringkat akhir Miss Vancouver ketika penyertaan itu dibatalkan.

Walaupun penganjur pertandingan ini dapat menggambarkan Talackova sebagai 'seorang gadis asli', mereka tetap membatalkan penyertaannya atas alasan peraturan yang menyatakan setiap peserta mestilah sejak lahirnya adalah seorang perempuan.


Menurut Denis Davila, pengarah petandingan Ratu Cantik Kanada, Talackova telah menulis di dalam borang penyertaannya bahawa beliau lahir sebagai seorang wanita.






Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu, beliau kemudiannya bertanyakan sendiri kepada Talackova dan akhirnya, beliau mengaku bahawa beliau lahir sebagai seorang lelaki.

Walaupun beliau merayu, namun akibat dari pengakuannya pada waktu itu, penyertaannya terus dibatalkan serta merta.

Talackova juga pernah masuk Tiffany Miss International Queen Competition yang diadakan di Pattaya Thailand pada tahun 2010. Pertandingan ini khas untuk 'gadis-gadis' sepertinya.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment