Home » » Tindakan Pencabulan Oleh Pekerja Restoran McD di Beijing

Tindakan Pencabulan Oleh Pekerja Restoran McD di Beijing


Beijing – Seorang wartawan di China berjaya membongkarkan tindakan pekerja di sebuah restoran makanan segera McDonald di Beijing yang melanggar peraturan dalam penyediaan makanan kepada pelanggan termasuk menggunakan semula daging yang jatuh ke lantai.

Alasan yang diberikan pekerja ialah mereka tidak akan mendapat bonus jika terdapat banyak lebihan makanan yang tidak dijual oleh restoran.

China Central Television telah menyiarkan rakaman berkenaan di seluruh China sempena Hari Pengguna di negara itu, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai kebersihan makanan yang dibekalkan.

Dalam rakaman berkenaan, pekerja di restoran di kawasan Sanlitun itu turut meminda tarikh luput makanan selain menjual makanan yang sepatutnya dibuang berdasarkan peraturan McDonald.
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini

Ia juga memaparkan pekerja terbabit tidak membuang makanan dalam oven sebaik sahaja locengt dibunyikan sebaliknya meminda semula jam loceng tersebut.

Menurut program itu juga, pada waktu makan tengahari 1 Mac lalu, pekerja restoran juga tidak membuang cheese yang telah terdedah selama empat jam sedangkan mengikut peraturan ia perlu dibuang selepas dua jam terdedah ke udara.

“Berdasarkan peraturan, ia sepatutnya dibuang tetapi tidak ada restoran membuangnya manakala penyelia hanya menutup mata. Kenapa? Kerana peraturan itu dibuat oleh manusia,” kata seorang pekerja.

Sementara bagi tindakan mengangkat semula daging mentah yang terjatuh, ini jawapan pekerja terbabit.

“Ia ok. Bukan awak yang akan memakannya. Bakteria akan mati selepas daging ini dimasak dan tiada sesiapa pun akan mengalami masalah kesihatan selepas memakannya,”

Dalam pada itu, McDonald China memaklumkan restoran berkenaan akan disiasat.

Katanya hanya restoran di Sanlitun terbabit dengan kejadian berkenaan.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment