Home » , » Nadia Mustafar Dirompak, Rugi RM20,000

Nadia Mustafar Dirompak, Rugi RM20,000

Nadia Mustafar

KUALA LUMPUR – Kali ini pelakon wanita, Nadia Mustafar pula dirompak di Pasar Pudu semalam dan mengalami kerugiaan sebanyak RM20 ribu.

Menurut laporan yang dipetik dari akhbar Harian Metro, duit keuntungan hasil pendapatannya membuka gerai jualan di Pusat Kraf Tangan selama 13 hari diletakkan di dalam beg tangannya termasuklah duit perbelanjaan harian dan dokuman-dokumen periaqbadi.

Nadia juga turut melahirkan rasa terkilannya kerana rezeki keuntungan yang didapati dan duit gaji pekerja-pekerjanya hilang dalam sekelip mata.

“Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi,” kata Nadia.

“Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja”. Banyakkan bersabar & insyaAllah rezeki Tuhan masih ada.

Menceritakan detik cemas ketika rompakan berlaku, Nadia bersama anaknya berada di dalam keretanya dan secara tiba-tiba, seorang lelaki yang memakai topi keledar muncul dan terus membuka pintu kereta.

Lelaki tersebut dengan pantas terus membawa lari beg tangannya yang berada di atas tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia ketika itu kaku dan tidak sempat untuk bertindak.

Bagaimanapun, Nadia sempat menjerit dan meminta tolong dari orang ramai yang berada di tempat kejadian tersebut tetapi usahanya gagal.

Ekoran dari kejadian itu, Nadia telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

1 komen:

  1. postingan yang bagus tentang

    Nadia Mustafar Dirompak, Rugi RM20,000

    ReplyDelete