BARISAN pemain Chelsea menjalani latihan sebagai persiapan menentang Sparta Prague pada aksi Liga Europa di Stamford Bridge awal pagi esok. |
PARIS - Penyandang juara Liga Juara-Juara, Chelsea akan mengetuai senarai empat wakil England dalam misi menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik pada kempen Liga Europa awal pagi esok.
Chelsea akan turun menentang kelab dari Republik Czech, Sparta Prague di Stamford Bridge dengan berbekalkan kelebihan satu gol selepas menang tipis 1-0 dalam aksi pertama di gelanggang lawan minggu lalu.
"Kami masih memberi perhatian untuk menang dalam perlawanan itu nanti kerana ketika ini kami berada dalam prestasi terbaik," kata pemain tengah Chelsea, Frank Lampard.
Terdahulu, Chelsea mencatat sejarah selaku juara bertahan pertama tersingkir pada peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.
Skuad The Blues itu kini berusaha untuk memulihkan kembali reputasi mereka dalam kempen Liga Europa.
"Amat sukar untuk menumpukan kepada saingan Liga Europa selepas kami tersingkir pada peringkat awal Liga Juara-Juara musim ini.
"Bagaimanapun, Liga Europa tetap salah satu pertandingan yang hebat dan kami akan tetap bersaing untuk mencapai keputusan terbaik," kata Lampard.
Sementara itu, Liverpool juga terpaksa menghadapi laluan sukar apabila perlu 'menukar' defisit dua gol ketika aksi kedua di Anfield menentang juara edisi 2008, Zenit St. Petersburg.
Pada aksi pertama di Stadium Petrovski minggu lalu, Zenit menjaringkan dua gol dalam masa tiga minit menerusi Hulk dan Sergei Semak, masing-masing pada minit ke-70 dan ke-72.
Liverpool dilihat berada pada prestasi terbaik selepas melakar kemenangan bergaya 5-0 ke atas Swansea dalam aksi Liga Perdana England baru-baru ini.
"Ia satu perkembangan yang baik untuk pasukan, namun perlawanan menentang Zenit nanti pasti sengit.
"Keputusan itu (5-0) adalah baik untuk kami jadikan tonik untuk perlawanan seterusnya kerana dalam perlawanan itu (menentang Zenit) nanti, kami perlu menang besar," kata Rod- gers.
Dua lagi wakil England yang akan berjuang adalah Tottenham Hotspur dan Newcastle United.
Spurs akan terbang ke Perancis bagi menghadapi Lyon dengan bekalan agregat 2-1 manakala Newcastle pula terpaksa bertarung dalam keadaan sejuk di Ukraine bagi bertemu Metalist.
Kedua-dua pasukan itu masih tercari-cari gol selepas terikat 0-0 dalam perlawanan pertama. - AFP
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment