PELAKON veteran Datuk Yahya Sulong meninggal dunia, hari ini.
Ia disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menerusi laman mikro Twitter sekitar jam 6.40 petang tadi.
“Datuk Yahya Sulung meninggal dunia. Sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham. Al-Fatihah,” tulis beliau.
Menurut Zed Zaidi, arwah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.
“Arwah meninggal dunia jam 6.45 petang di HKL atas sakit tua. Jenazah dimandikan di sini juga,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.
Jenazah Yahya akan dibawa ke Perak untuk dikebumikan.
“Sekitar jam 9.30 atau 10 malam ini, jenazah akan dibawa ke Teluk Intan, Perak untuk urusan pengebumian,” katanya.
Sebelum ini, pelakon berusia 85 tahun itu telah menderita penyakit angin ahmar.
Allahyarham pernah berlakon dalam filem Da Di Du, Abu Nawas dan Prebet Lapok.
Yahya meninggalkan balu, Datin Alisah Ali, 68.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment