Home » » Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah

Zaidi Buluh Perindu Kembali Ke Rahmatullah, Al-Fatihah

Al-Fatihah

PESIBAN telah menerima berita sedih bahawa salah seorang Tok Jogho Dikir Barat tersohor di Malaysia yang dikenali dengan gelaran Zaidi Buluh Perindu telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini pada jam 11.00 pagi tadi di LKIM Tumpat semasa meraikan kehadiran Menteri Pertanian. Punca kematian disebabkan serangan jantung.

Jenazah arwah akan disembahyangkan selepas Asar di Masjid Wakaf Bharu hari ini dan dikhabarkan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri solat berkenaan. Allahyarham begitu terkenal di Kelantan dengan lagu irama dikirnya. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang diredhaiNYA.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat ..

Amin Ya Rabbal A’alamin..



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment