Home » , » (VIDEO) Belon Udara Terbakar di Mesir

(VIDEO) Belon Udara Terbakar di Mesir


 Sebuah belon udara yang mengangkut 21 orang penumpang terbakar di udara dan jatuh ke tanah. Insiden ini terjadi di Kota Luxor, Mesir, Selasa (26/2/2013). Seramai 19 penumpang dilaporkan terbunuh, sementara dua yang lainya mengalami luka parah.

Pegawai keselamatan Mesir berkata, belon udara yang mengangkut 21 pelancong asing tersebut terbakar, kemudian meledak hingga akhirnya jatuh dari ketinggian sekitar 1,000 meter dan membakar semak di sebuah ladang Tebu, di Qurna, tepi barat Luxor, 510 km dari selatan bandar Kaherah.

"Semua mayat telah dibawa ke hipal untuk siasatan lanjut. Sementara dua orang yang terselamat adalah pilot dan salah seorang penumpang telah telah dibawa ke hospital," ungkap pegawai keselamatan Mesir.

Seorang pekerja dari syarikat yang mengendalikan belon udara tersebut menolak memberi senarai nama para penumpang belon udara tersebut. Dia hanya mengatakan, pelancong  yang berada di atas belon tersebut berasal dari Korea, Inggeris, Perancis, Jepun, dan satu dari Mesir.

"Kami belum tahu secara pasti apa yang terjadi atau mungkin ada sesuatu yang salah," ungkap pekerja tersebut, seperti diberitakan dalam news.com. "Kejadian ini sangat mengerikan," tambahnya.

Belon udara merupakan salah satu pengangkutan popular di kalangan pelancong Mesir yang melawat bandar Luxor untuk melihat kuil-kuil kuno dan lembah makam para raja Mesir.
















Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment