Home » , , » Suami paksa isteri minum asid sampai mati

Suami paksa isteri minum asid sampai mati


Jakarta - Seorang lelaki di India membunuh isterinya dengan memaksanya minum air asid. Hal ini dilakukan gara-gara sang isteri menolak untuk meminta orangtuanya memberikan wang mahar yang lebih banyak kepada sang suami.

Seperti dilansir Asia One, Khamis (28/2/2013), insiden ini terjadi di Vellore, Tamil Nadu, India.Lelaki itu, S Srinivasan (32) memaksa isterinya, Gomathi (22) untuk meminum air asid. Bahkan, Srinivasan dibantu oleh keluarganya ktika menghabisi nyawa isterinya tersebut.

Menurut polis setempat, Srinivasan bersama-sama dengan ibunya, Tamil Selvi dan saudara perempuannya, Kalpana kerap mempermalukan isterinya gara-gara wang mahar. Mereka menuntut wang mahar yang lebih besar sejak Srinivasan menikahi Gomathi pada 11 bulan lalu.

Namun baru 3 bulan terakhir, orang tua Gomathi mengetahui perbuatan Srinivasan dan keluarganya. Bahkan terungkap pula jika mereka sering menganiaya Gomathi. Keluarga Gomathi pun memberi tambahan wang mahar 10 ribu rupee, namun ternyata wang tersebut masih tidak cukup.

Kepada orangtua isterinya, Srinivasan menyatakan Gomath meninggal minum racun dan dia mengaku dia yang membawa Gomathi ke rumah sakit.

Namun ternyata, Gomathi sempat memberitahu bibinya bahawa suami dan keluarga mertuanya memaksanya minum air asid. Gomathi meninggal dunia pada Selasa (26/2) waktu setempat.

Kes ini masih dalam penyiasatan polis setempat. Tidak dijelaskan apakah sang suami telah ditahan polis atau tidak.



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

0 komen:

Post a Comment