KUALA LUMPUR 1 Mac — Polis menemui semula sejumlah barang kemas yang disamun di sebuah kedai emas yang terletak di hadapan Balai Polis Selayang Baru di sini Isnin lepas berikutan penahanan sembilan suspek rakyat tempatan di sekitar Gombak, di sini.
Tujuh lelaki dan dua wanita yang ditahan dalam dua serbuan itu berumur dalam lingkungan 20-an.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A.Thaiveegan berkata serbuan pertama pada 19 Feb lepas di sebuah rumah di Kampung Laksamana, Batu Caves menyaksikan penangkapan tujuh suspek lelaki.
Dua suspek wanita itu pula ditahan dalam operasi susulan pada hari dan lokasi sama.
"Tiga daripada suspek itu dikenal pasti mempunyai kaitan langsung dengan kejadian samun tersebut,” kata Thaiveegan kepada pemberita semalam.
Hasil serbuan yang dilakukan, polis menemui sejumlah barang kemas di rumah itu selain dua topi keledar, pakaian dengan tulisan Damansara Ulu-Klang Expressway (DUKE), sebuah motosikal jenis Kawasaki dan surat pajak gadai.
"Polis percaya suspek memajak beberapa barang kemas di kedai pajak gadai sebelum membeli motosikal,” katanya.
Dalam kejadian 18 Feb lepas, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang barang kemas dianggarkan bernilai RM250,000 dari kedai itu.
— BERNAMA
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
0 komen:
Post a Comment