Home » , » Bapa Saiful: Anak Saya Diperguna Untuk Jatuhkan Anwar

Bapa Saiful: Anak Saya Diperguna Untuk Jatuhkan Anwar


Kenyataan bapa kepada Saiful Bukhari mengenai kes liwat anak nya hanyalah satu sandiwara UMNO agak mengejutkan . Kita tahu semasa kes liwat berlangsung bapa Saiful adalah antara yang paling lantang mengutuk Anwar Ibrahim. Agak pelik dikala isu Lahad Datu yang kini menjadi duri dalam daging untuk PR, tiba2 saja keluar statement konar baring dari bapa Saiful . Adakah ini 'bullet' yang digunakan oleh Anwar untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menimbulkan simpati pada beliau? 

Dilihat penyokong2 PR begitu gembira sekali dengan pengumuman yang dibuat oleh bapa Saiful. Seolah olah merayakan satu kemenangan yang amat besar. Di pihak penyokong kerajaan, tidak dinafikan berlaku kekeliruan sejenak, namun mujurlah segala penipuan ini dapat dileraikan dengan penjelasan dari Saiful sendiri yang menyatakan bahawa bapanya diperguna oleh orang2 tertentu. Saiful sebaliknya mengatakan beliau istiqamah dan akan tetap pendirian. Saiful sekarang sedang berfikir dan bersedia untuk buat kenyataan balas penafian. 

Dari 'tweet' blogger Papagomo, difahamkan bapa Saiful pernah ditawarkan sejumlah wang untuk buat kenyataan konar baring ini. Diberitakan sejak 2 bulan lepas. Mungkin gelap mata dengan habuan yang bakal diterima, maka seorang ayah sanggup menjual maruah darah daging sendiri .Mungkin selepas ini agensi2 berkenaan harus membuat pemantauan rapi dengan perbelanjaan keluar masuk bapak Saiful ni, apa aset yang beliau ada dan segala yang berkaitan. 

Mungkin juga beliau akan menggunakan orang ketiga utk memperoleh habuan ini bagi mengelakkan diri dikesan. Semua yang dinyatakan adalah andaian sahaja, namun elok juga dipantau bagi menghilangkan rasa ragu-ragu. Buat saiful bukhari, bertabahlah dan terus istiqamah, mungkin ini lah ujian yang paling berat perlu ditanggung apabila diri dianiayai sendiri oleh ayah kandung. Kita harap saiful terus kuatkan semangat dan terus menegakkan yang hak. via bidaman



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

2 komen: