gambar hiasan |
SYDNEY: Polis di kawasan terpencil Papua New Guinea telah menahan anggota kumpulan kultus kanibal yang didakwa membunuh sekurang-kurangnya tujuh orang, memakan otak mereka mentah-mentah dan membuat sup daripada zakar mangsanya itu, kata satu laporan, semalam.
Sejumlah 29 orang yang ditangkap polis itu adalah sebahagian daripada 1,000 anggota kumpulan tersebut, yang dibentuk bagi menentang ahli sihir yang menyeleweng, yang disifatkan oleh akhbar The National sebagai mereka yang mengenakan bayaran keterlaluan.Kos menggunakan seorang bomoh bagi mendedahkan punca kematian atau menghalau hantu biasanya sekitar 1,000 kina ($600) dalam bentuk wang tunai bersama seekor babi dan seguni beras tetapi ada juga yang meminta habuan seks bagi pembayarannya.
"Adalah melanggar etika tradisional dan moral kami bagi seorang ahli sihir mengadakan hubungan seks dengan isteri seorang lelaki atau anak perempuan remajanya," kata seorang pemimpin kultus di Tangi, sebuah daerah pedalaman wilayah Madang di kawasan pantai timur Papua New Guinea.
"Itu adalah punca utama kekecewaan yang menyebabkan pembentukan satu kumpulan memburu ahli sihir. "Dari masa ke masa, apabila para suspek dibebaskan bagi meneruskan tugas sebagai ahli sihir, kami semakin lelah dan bosan," katanya lagi.
Terdapat kepercayaan berleluasa terhadap ilmu sihir di Papua New Guinea, yang ramai penduduknya tidak dapat menerima punca-punca semula jadi sebagai penjelasan bagi kejadian-kejadian malang, kesakitan, kemalangan atau kematian. Menyusuli pembunuhan itu, polis telah menyerbu kampung Biamb dan menangkap 29 orang termasuk lapan wanita, pada minggu lalu. - Laporan AFP.
Apa yang menarik kat sini | ||
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!! | ||
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! | ||
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan |
gila baban nie...
ReplyDelete