Home » » Kebaikan Bela Ikan Puyu Dalam Rumah

Kebaikan Bela Ikan Puyu Dalam Rumah


Sebut saja ikan puyu tentu anda semua terbayangkan sejenis ikan yang sangat lasak terutamanya didalam air tawar seperti bendang atau sawah kerana habitatnya memang senang dijumpai di situ.Ikan ini mempunyai sisik yang keras serta mampu bergerak diatas atas jika ia mahu untuk bergerak ke tempat lain dengan memanjat tebing bendang.
Sebab itu ikan ini mampu hidup dan bertahan lama di atas darat selama beberapa jam tanpa air.Lagi satu sepsis ikan ini suka sangat bergerak secara berkumpulan dan mudah ditangkap dengan jarring ikan dan pukat.

Orang tua-tua dulu mempercayai ikan puyu ini ada kelebihan tersendiri yang mana ia mampu menghalang gangguan makluk halus dan juga mematikan sihir. Ada sebuah kisah yang berkaitan dengan kisah ikan puyu ini:

Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:

Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut' "Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam dan kenapa kamu tak masuk rumah yg ditengah² yg lebih besar?" "Saya tidak boleh masuk pak kerna dalamnya ada ikan puyu (tuan rumah ada bela ikan puyu) dan ilmu saya tidak menjadi", jawab pemuda indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dgn kenyataan indon ini.

Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.

Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihirtetap terkena kepadanya juga.

Jadikan lah ayat-ayat al-quran sebaik-baiknya sebagai pendinding diri anda daripada musibah ilmu hitam dan gangguan halus.bukan rambut halus



Apa yang menarik kat sini
Info Menarik di Sajikan Untuk Anda Di Sini!!
Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini!
Iklan Produk Anda Di Sini. Hanya RM10/sebulan

11 komen:

  1. Aku pun dengar macam tu jugak.. Ikan puyu ni boleh jadi pendinding sihir.. Aku siap ada baca lagi dalam buku pendinding sihir..

    ReplyDelete
  2. Pernah dengar juga pasal ikan puyuh. Cuma kisah mat indon nie xpernah dgr lg. Satu lagi letak penyapu lidi di sebelah pintu.

    ReplyDelete
  3. ntah la betul ke tak.... 2 smua kepercayaan org dulu2 je

    ReplyDelete
  4. kepercayaan org dulu2 kita amik iktibar bukannya sepenuhnya percaya..kerana mereka berdasarkan pengalaman atau cerita terdahulu.

    ReplyDelete
  5. saya juga percaya memang ikan puyu ini ada kelebihannya...
    nenek saya selalu brpessan spya pelihara ikan puyu dirumah..

    ReplyDelete
  6. aq de 5 ekor puyu!! hahah....cewahh..

    ReplyDelete
  7. Salam...
    Minta izin share info kat blog saya yer...
    Saya dah follow awak..
    thanks...

    ReplyDelete
  8. saya ada jual ikan puyu.Boleh hantar rumah hidup hidup.

    ReplyDelete
  9. no tel 0126636668

    ReplyDelete
  10. Sy ada bela 2 ekor ikan puyu

    ReplyDelete
  11. Ada kemuskilan..sy dalam prOses prceraian.. Tp still 1bumbung dgn istri cuma tdo berasingan..tp si istri bela 3ekor ikn puyu..apakah tanda atw motifnya kemungkinan? Sy tdk brtegur sapa dgn istri.blh sape tolong jelaskn?

    ReplyDelete